fb fb fb fb fb

Anwar lawat Siemens Energy di Berlin

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengetuai delegasi Malaysia ke kilang Siemens Energy /Foto BERNAMA ke kilang Siemens / Foto

BERLIN, 12 Mac - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim memulakan lawatan hari keduanya dengan mengunjungi Siemens Energy.

Ketibaan beliau di ibu pejabat di Hutten-strasse, Berlin, disambut ahli lembaga eksekutif Siemens Energy, Vinod Philip.

Siemens Energy merupakan satu daripada syarikat teknologi tenaga utama di dunia.

Ia beroperasi di 90 buah negara, melibatkan sektor landskap tenaga.

Tahun lalu, Tenaga Nasional Bhd (TNB) dan Siemens Energy memeterai memorandum persefahaman untuk memulakan pembangunan hidrogen hijau.

Perkongsian bertujuan mempercepat penyahkarbonan jana kuasa terma TNB, menggunakan hidrogen hijau yang dihasilkan daripada sumber tenaga boleh baharu.

KAMARULZAMAN BIN MUHAMAD