(FOTO FB Anwar Ibrahim)
JAKARTA, 5 September- Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengadakan perjumpaan bersama para pemimpin gerakan dan pertubuhan Islam di Indonesia, semalam.
Beliau berkata, siri pertemuan dan diskusi seperti itu akan terus disemarakkan demi memperkukuh kerjasama erat Malaysia dan Indonesia, serta terus memelihara persaudaraan antara gerakan dan pertubuhan Islam dari kedua-dua negara.
Dalam kepadatan jadual sebelum bermula Sidang Kemuncak ASEAN Ke-43 hari ini dan sidang-sidang kemuncak di sini, Anwar sempat meluangkan masa berdiskusi serta bertukar pandangan bersama Ketua Umum Muhammadiyah, Haedar Nashir, Ketua Umum Dewan Dakwah Islamiyah Indonesia (DDII), Dr Adian Husaini dan Prof Din Syamsuddin.
"Pertemuan ini amat bermakna tatkala kami menghimbau (mengimbau) garis sejarah permulaan saya sebagai aktivis yang pernah belajar daripada hikmah tokoh Islam Indonesia seperti Bapak Mohammad Natsir dan Buya Hamka.
"Dalam perbincangan ini, kami banyak menyentuh tantangan (cabaran) pemikiran, keilmuan, dakwah dan isu yang dihadapi dunia Islam," kata Anwar menerusi Facebooknya.
Anwar turut merakamkan setinggi-tinggi penghargaan atas kesudian mereka bersama dengan 11 organisasi termasuk Ibu Khofifah Indar Parawansa, Ketua Muslimat Nadhatul Ulama (NU) serta Gabenor Jawa Timur untuk hadir dalam pertemuan tersebut.
(FOTO FB Anwar Ibrahim)
Berita berkaitan:
Anwar tiba di Jakarta hadiri Sidang Kemuncak ASEAN ke-43
Jokowi sambut ketibaan Anwar di Senayan
Temu Anwar di Jakarta pada Selasa