(Anwar Ibrahim (dua kiri) dan isteri, Wan Azizah Wan Ismail (kiri) disambut Jokowi (dua kanan) dan isteri, Iriana (kanan) pada
Sidang Kemuncak ASEAN ke-43 di Senayan, Jakarta/PMO)
JAKARTA, 5 September- Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim diiringi isteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Dr Wan Ismail tiba di Sidang Kemuncak ASEAN ke-43 di Indonesia pada pukul 9.43 pagi waktu tempatan.
Ketibaan beliau di Pusat Konvensyen Jakarta (JCC) di Senayan dekat sini disambut Presiden Joko Widodo atau Jokowi dan isteri, Iriana Joko Widodo serta Menteri Luar, Retno Marsudi.
Anwar mengetuai delegasi Malaysia ke Sidang Kemuncak ASEAN dan sidang kemuncak berkaitan yang diadakan mulai hari ini hingga Khamis di bawah Kepemimpinan ASEAN Indonesia bertemakan "Asean Matters: Epicentrum of Growth".
Beliau akan menyertai Sidang Kemuncak ASEAN dan pembukaan Forum ASEAN-Indo Pasifik (AIPF) serta mengadakan pertemuan dengan diaspora Malaysia dan rakan Indonesia di sini dalam program Temu Anwar malam ini.
Semalam, Anwar melahirkan harapan bahawa penyertaan Malaysia dalam sidang kemuncak tahunan itu akan mengukuhkan lagi pusat ASEAN di rantau Indo-Pasifik dan menggalakkan keterangkuman dan keterbukaan ASEAN dalam hubungannya dengan rakan kongsi luar.
(Anwar Ibrahim (kiri depan) dan isteri (kanan depan) disambut Jokowi (kiri belakang) dan
isteri (kanan belakang) di Jakarta)
Berita berkaitan:
Anwar tiba di Jakarta hadiri Sidang Kemuncak ASEAN ke-43
Anwar bertemu pemimpin, tokoh Islam Indonesia di Jakarta
Temu Anwar di Jakarta pada Selasa