GEORGETOWN, 10 Mac-Projek pembesaran dan naik taraf Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang (LTAPP) berjalan lancar, dengan kemajuan ketara dalam pelbagai pakej.
Pengerusi Jawatankuasa Infrastruktur, Pengangkutan dan Digital Pulau Pinang, Zairil Khir Johari berkata projek itu meliputi tiga pakej kerja (WP) utama.
Setiap satu direka bagi meningkatkan infrastruktur lapangan terbang dan kapasiti operasi.
Ini termasuk kerja persediaan, penambahbaikan kemudahan penerbangan udara dan pembinaan bangunan terminal baharu.
Bagi pakej pertama, libatkan kontrak bernilai RM107.9 juta
Setakat ini pakej berkenaan sudah capai 31 peratus kemajuan fizikal dan dijangka siap pada November depan.
Pakej kedua pula dijangka bermula pertengahan April depan melibatkan kos RM254.6 juta
Manakala pakej ketiga membabitkan pembinaan terminal baharu serta pengubahsuaian terminal sedia ada bakal dibuka tender bulan depan.
Terminal baharu tersebut dijangka mula beroperasi pada 2027 dengan keseluruhan projek pembesaran ini siap sepenuhnya pada 2028.