fb fb fb fb fb

Anwar beri tempoh dua bulan selesaikan isu miskin tegar di Kelantan

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim/Foto RTM

KOTA BHARU, 3 Mei -Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim memberi tempoh dua bulan kepada agensi kerajaan persekutuan dan negeri untuk menokhtahkan baki lebih seribu Ketua Isi Rumah (KIR) yang  tergolong dalam miskin tegar di Kelantan.

Perkara itu akan tetap dilaksanakan meskipun ada pihak yang mempertikaikan usaha tersebut.

"Saya beritahu supaya Kerajaan Persekutuan terutama diselaraskan oleh ICU dengan seluruh jentera kerajaan Kelantan menyegerakan dan saya bagi tempoh dua bulan lagi supaya seluruh jumlah 1000 lebih itu dapat dinokhtahkan supaya mereka boleh hidup sekurang-kurangnya sebagai orang miskin dia tidak sebagai miskin tegar yang tak cukup makan”, Beliau berkata demikian dalam ucapan Majlis Sambutan Aidilfitri Madani 2024 bersama Perdana Menteri di perkarangan Pusat Transformasi Luar Bandar (RTC), Tunjong di sini, pada Khamis.

Selain isu miskin tegar, pembangunan infrastruktur dan kemudahan asas antara yang diberi penekanan Perdana Menteri semasa mempengerusikan Taklimat Pembangunan Negeri Kelantan di Pejabat Menteri Besar Kelantan.

Jelas beliau, projek-projek berkenaan merupakan inisiatif berimpak tinggi kepada rakyat, khususnya penduduk di kawasan luar bandar

KAMARULZAMAN BIN MUHAMAD