fb fb fb fb fb

Anwar beramah mesra dengan penduduk di Puchong

Datuk Seri Anwar Ibrahim

PUCHONG, 20 September- Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menunaikan Solat Jumaat bersama-sama lebih 700 jemaah di Masjid Darussalam, di sini hari ini. 

Beliau turut mendengar Khutbah Jumaat bertajuk Akhlak Umat Islam disampaikan khatib Huraimi Hamzah.

Perdana Menteri turut meluangkan masa kira-kira 15 minit untuk beramah mesra dengan jemaah yang hadir.

Terdahulu, Anwar sempat menjamu selera di Warung Maju D'Salam dan menikmati makan tengah hari sambil bertemu dengan pemilik warung. 

Beliau tiba disambut Ketua Polis Daerah Subang Jaya Asisten Komisioner (ACP) Wan Azlan Wan Mamat dan Ketua Polis Daerah Serdang Asisten Komisioner (ACP) A A Anbalagan Arumugam.

MOHD FIRDAUS BIN RUSLI