fb fb fb fb fb

Anugerah MSOSH catat penyertaan tertinggi dalam empat dekad

PETALING JAYA, 21 Disember- Anugerah Persatuan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (MSOSH) yang merupakan penunjuk aras keselamatan dan kesihatan pekerjaan organisasi di Malaysia menerima 249 penyertaan, yang tertinggi dalam sejarah 40 tahun anugerah itu.

Menurut Presiden MSOSH, Ahmad Fakhrul Anuar Ismail anugerah itu menilai sejauh mana syarikat-syarikat tempatan mampu menjaga keselamatan dan kesihatan pekerja.

"Kriteria utama yang kita tengok ialah program-program yang dijalankan untuk mengelak kemalangan berlaku di tempat kerja dan sejauh mana keberkesanan program-program tersebut.

"Jadi kita mengutamakan syarikat-syarikat yang berjaya membuat banyak program dan berjaya mengelak kemalangan atau dikatakan sebagai kemalangan sifar, itulah kriteria utama," kata Ahmad Fakhrul kepada media di sini.

MSOSH bakal menjadi tuan rumah kepada Persidangan Pertubuhan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Asia Pasifik (APOSHO) yang melibatkan 21 negara Asia Pasifik pada Oktober tahun hadapan.

(Ahmad Fakhrul berkata Anugerah MSOSH catat penyertaan tertinggi dalam empat dekad)

Media Baharu