fb fb fb fb fb

Anih Berhad menang Pertandingan Medan Selera Terbaik, Premis Terbaik

Pertandingan sempena Sambutan Hari Keselamatan Makanan Sedunia peringkat Negeri Pahang

KUANTAN, 31 Oktober- Pengendali Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak (KLK) dan Lebuhraya Pantai Timur Fasa 1 (LPT1), Anih Berhad telah memenangi Pertandingan Medan Selera Terbaik dan Premis Terbaik anjuran Jabatan Kesihatan Negeri Pahang.

Pertandingan tersebut sempena Sambutan Hari Keselamatan Makanan Sedunia peringkat Negeri Pahang, sekali gus menunjukkan komitmen Anih Berhad memastikan tahap kebersihan, keselamatan, dan kualiti dalam perkhidmatan makanan dan minuman di semua kawasan Rehat dan Rawat (R&R) sepanjang lebuhraya kendaliannya sentiasa cemerlang.

Ketua Komunikasi Korporat Kumpulan, Noorfarizan Lod berkata, ia merupakan satu penghargaan kepada pihaknya dan peniaga di R&R serta akan terus memastikan kualiti perkhidmatan, kebersihan dan keselamatan makanan yang disediakan berada pada tahap yang terbaik.

Jelasnya, Anih Berhad sentiasa berusaha menyediakan pengalaman menjamu selera terbaik, termasuk penyediaan pelbagai menu sihat disamping menepati selera pelbagai lapisan masyarakat.

Medan Selera R&R Temerloh Timur telah dinobatkan sebagai juara sekali gus melayakkan mereka untuk bertanding di peringkat Kebangsaan pada tahun hadapan.

Manakala Medan Selera R&R Gambang Timur dan Medan Selera R&R Temerloh Barat masing-masing meraih Naib Juara serta tempat ketiga bagi kategori Medan Selera Terbaik pertandingan tersebut.

ROSLINA BINTI DIN