(Nur Amin Hussin bermain gitar di hadapan
murid-murid sebagai salah satu pendekatan pembelajaran muzik berkesan)
GUA MUSANG, 16 Mei -Khidmat guru ditagih tidak mengira tempat, sama ada dii kawasan bandar atau pedalaman, guru terus menabur bakti tanpa jemu.
Nur Amin Hussin, 39, guru mata pelajaran muzik Sekolah Kebangsaan (SK) Kuala Betis, di sini, semakin serasi dengan kehidupan komuniti Orang Asli.
Beliau yang sudah 12 tahun mengajar murid Orang Asli suku Temiar berkata, ketika mula ditugaskan mengajar di SK Kuala Betis dekat sini, persepsi masyarakat tentang masyarakat Orang Asli suku kaum Temiar memberi rasa kurang selesa.
Namun, lama-kelamaan semakin serasi dengan norma kehidupan komuniti itu dan segala persepsi negatif berjaya ditepis sebagai cabaran sehingga jasa yang dicurahkan kepada murid Orang Asli melebihi kepentingan diri sendiri
"Bila ada saingan mereka akan lebih beri komitmen, terutama dari segi latihan nyanyian.
(Nur Amin berkata, dia berbangga apabila dapat mencungkil ramai bakat
murid Orang Asli terutamanya dalam bidang nyanyian solo dan koir)
"Dari segi kepandaian dan kebolehanapa itu kerja Allah. Allah beri semua cerdik pandai dan berakal.
"Cuma kita nak ketengahkan bakat mereka dan mahu mendekati budaya mereka. Itu saja cabaran yang saya alami. Saya harap dengan adanya pengalaman ini saya dapat kongsikan dengan rakan guru yang lain supaya cabar diri kita supaya dapat dekati lagi dan dapat memberi ilmu dengan cara yang lebih kreatif dan lebih berkesan di masa akan datang," katanya.
Nur Amin berkata, dia berbangga apabila dapat mencungkil ramai bakat murid Orang Asli terutamanya dalam bidang nyanyian solo dan koir.
Katanya, SK Kuala Betis mempunyai studio muzik sendiri yang dibina pada tahun 2011 dan menjadi tempat murid Orang Asli belajar instrumen muzik.
Tambahnya, pencapaian paling membanggakan ialah apabila pasukan koir SK Kuala Betis telah mendapat tempat kedua peringkat negeri Kelantan pada tahun 2013.