ROMPIN, 25 April - Anak bongsu mangsa kemalangan di Kilometer 153 Jalan Jerangau-Jabor di Cheneh semalam, Nor Nadia Natasha Abu Bakar, 22 tahun kini kritikal di Hospital Sultanah Nur Zahirah, Kuala Terengganu.
Mangsa, Nur Syafana Nasha Saiful Azwan berusia dua tahun kini dijaga oleh neneknya, Nik Hasni Mohd Noor berusia 52 tahun di hospital tersebut.
"Macam tadi...mengenai anak arwah yang bongsu itu kami pun dapat maklumat lebih kurang dalam '50-50' terlalu banyak komplikasi dalam badan..macam paru-paru, otak, dia kaki kiri kanan..patah teruk lah. Tetapi baru setahun lebih kan, kami pun redha dengan apa yang berlaku ..Insya-Allah kami akan tabah," kata ibu saudara, Chumainun Ariffin.
Menurut adik mangsa, Mohd Nor Ikhwan Abu Bakar, ketika kejadian kakaknya sekeluarga dalam perjalanan balik ke Felda Keratong 1, di sini.
"Semalam, petang semalam daripada Terengganu nak ke Pahang tiba-tiba suami akak ni khabar akak kita kata..kakak dah tiada dengan anak.. sedih lah.. dalam kereta tu ada anak dia dua orang, makcik dia seorang. Seorang lagi kritikal di Kuala Terengganu," kata Nor Ikhwan.
(Mohd Nor Ikhwan Abu Bakar)
Sementara itu, jenazah Nor Nadia Natasha Abu Bakar, 22, dan anak perempuannya Nor Syafinaz Naura Saiful Azwan, berusia tiga tahun selamat dikebumikan dalam satu liang lahad di Tanah perkuburan Islam Felda Keratong 1, Rompin Pahang pada pukul 10.45 pagi tadi.
Kedua-dua jenazah tiba ke kediaman di Felda keratong Satu pada pukul 9.00 pagi dan disembahyangkan di kediaman sama.