fb fb fb fb fb

AMRI ke-17 satukan suara ASEAN dalam era digital

Teo (empat, kiri) mewakili negara pada Persidangan Menteri-Menteri ASEAN yang Bertanggungjawab ke atas Penerangan (AMRI) ke-17 di Bandar Seri Begawan, Brunei / Foto FB Teo Nie Ching

KUALA LUMPUR, 7 Mei - Timbalan Menteri Komunikasi, Teo Nie Ching mewakili negara pada Persidangan Menteri-Menteri ASEAN yang Bertanggungjawab ke atas Penerangan (AMRI) ke-17 di Bandar Seri Begawan, Brunei Darussalam hari ini.

Menerusi kenyataannya Facebook, Teo memaklumkan persidangan bertemakan “MAJU - Media Menyemarak Pemahaman Bersama” itu bertujuan mengukuhkan kerjasama serantau serta memupuk komunikasi bertanggungjawab dan menyatukan suara ASEAN dalam era digital.

Menurut beliau, keterhubungan yang lebih baik sebenarnya datang dengan risiko.

Beliau mengambil contoh masyarakat kini lebih terdedah dengan pelbagai jenayah dalam talian yang membimbangkan tanpa mengira sempadan

JALALUDDIN BIN BAHARIN