fb fb fb fb fb

AMK teguh sokong had tempoh Perdana Menteri

Ketua Angkatan Muda Keadilan Malaysia, Adam Adli Abd Halim / Foto Hiasan / Bernama

KUALA LUMPUR, 16 Mac – Angkatan Muda Keadilan (AMK) menyatakan sokongan penuh terhadap cadangan menghadkan tempoh jawatan Perdana Menteri kepada 10 tahun, seperti yang dicadangkan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Ketua AMK, Adam Adli Abd Halim berkata langkah itu sejajar dengan janji Pakatan Harapan (PH) sejak Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) bagi mengukuhkan kestabilan politik negara.

Menurut beliau, cadangan tersebut mampu menghalang penyalahgunaan kuasa serta memastikan pentadbiran negara terus segar dengan kepimpinan baharu.

Adam Adli menjelaskan pelaksanaan reformasi itu memerlukan pindaan Perlembagaan, yang hanya dapat diluluskan dengan sokongan dua pertiga Ahli Parlimen.

“Semua pihak, termasuk pembangkang, seharusnya bersama menjayakan reformasi ini demi masa depan negara,” katanya dalam satu kenyataan.

Jika diluluskan, langkah itu akan menjadi pencapaian penting bagi Kerajaan Madani dan menandakan perubahan besar dalam landskap politik negara.

 

BERITA BERKAITAN:

MOHD KHUDZAIRI ZAINUDDIN