fb fb fb fb fb

Negeri Sembilan tumpu perkhidmatan terbaik, pembangunan ekonomi rakyat

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim bersalaman dengan jemaah setelah menunaikan solat Maghrib selepas berbuka puasa pada Majlis Berbuka Puasa Madani Negeri Sembilan di Dewan Perdana Tampin

TAMPIN, 16 Mac - Kerajaan Negeri Sembilan akan terus memfokuskan usaha sistematik dan komprehensif bagi memberikan perkhidmatan terbaik kepada rakyat.

Menteri Besar Datuk Seri Utama Aminuddin Harun berkata, ia termasuk mempergiat aktiviti ekonomi dan menggalakkan gaya hidup rakyat aktif berasaskan data daripada Jadual Input-Output Negeri dan Daerah.

Antara lain ialah penekanan dan penambahbaikan aspek penjagaan serta akses kesihatan, merekodkan kadar sifar bagi miskin tegar dan mempertingkat bekalan rumah mampu milik berkualiti.

"Saya amat berbangga kerana Negeri Sembilan merupakan perintis14 kepada pewujudan jadual input-output wilayah di Malaysia. Pembangunan Jadual Input-Output Negeri dan Daerah ini bakal membantu kerajaan negeri untuk melaksanakan penggubalan dasar berasaskan bukti," kata Aminuddin.

Beliau berucap pada Majlis Berbuka Puasa Bersama Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim di Dewan Perdana Tampin. Lebih 3,000 pengunjung memeriahkan majlis berbuka puasa itu.

Perdana Menteri tiba di perkarangan dewan kira-kira pukul 7.00 petang diiringi Menteri Besar Negeri Sembilan Datuk Seri Utama Aminuddin Harun serta Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Mohamad Sabu.

Majlis yang bermula pukul 6.00 petang itu turut menerima sumbangan daripada Yang Teramat Mulia Undang Luak Johol yang berupa daging masak lompap serta kuih apam Johol. 

TETITIA YUSOFF