fb fb fb fb fb

AMICLC-2, AMIM-22 kukuhkan kerjasama risikan ASEAN

Mesyuarat Perisikan Pertahanan ASEAN ke-22 (AMIM-22) di Kuala Lumpur.

KUALA LUMPUR, 8 September - Sebanyak 10 agensi perisikan pertahanan ASEAN menghadiri Konferens Ketua Perisikan Pertahanan ke-2 (AMICLC-2) dan Mesyuarat Perisikan Pertahanan ASEAN ke-22 (AMIM-22), yang berlangsung pada 7 dan 8 September.

Program anjuran Malaysian Defence Intelligence Organisation (MDIO) bertemakan 'Kelestarian Kerjasama Perisikan ASEAN Yang Inklusif' itu menegaskan komitmen bersama membina ekosistem risikan serantau yang lebih responsif dan berdaya tahan.

Ketua Pengarah Perisikan Pertahanan MDIO, Leftenan Jeneral Datuk Mohd Razali Alias berkata, Malaysia berbesar hati menjadi tuan rumah dan menyediakan platform untuk dialog strategik serta memperkukuh kerjasama serantau.

AMICLC-2 membincangkan isu keselamatan serantau dan cabaran semasa, manakala AMIM-22 menumpukan kepada perkongsian maklumat, penilaian ancaman dan koordinasi tindak balas bersama.

Penganjuran ini memperkukuh peranan Malaysia sebagai penggerak diplomasi pertahanan ASEAN dalam menghadapi cabaran geopolitik semasa.

TUN JULIA MOHD TAHIR