fb fb fb fb fb

Ambil langkah wajar, lindungi fasiliti LNG

Timbalan Premier Sarawak Datuk Amar Douglas Uggah Embas / BERNAMA

KUCHING, 10 September - Sarawak berharap langkah sewajarnya diambil bagi melindungi fasiliti gas asli cecair (LNG) di Bintulu daripada sebarang bentuk ancaman keselamatan.

Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Douglas Uggah Embas berkara perkara itu penting bagi melindungi aset strategik negara.

"kita berharap langkah sewajarnya dapat diambil jika terdapat sebarang ancaman, untuk melindungi aset kita dan kita akan mendapatkan maklumat lanjut daripada Majlis Keselamatan Negara (MKN) berhubung perkara itu,"katanya.

Terdahulu, Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof memaklumkan ancaman terhadap fasiliti LNG di Bintulu, Sarawak diterima melalui sistem pesanan ringkas (SMS) daripada nombor telefon yang berdaftar di negara jiran, Indonesia.

Susulan itu, kerajaan telah meningkatkan kawalan keselamatan di fasiliti LNG di Sarawak dan Sabah.

MOHAMAD KHAIRIE KHALID