fb fb fb fb fb

Ambil kira nilai 'Tabayyun' elak ekstremisme- Raja Muda Perlis

 

TRANG, 8 Oktober- Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail bertitah, semua pihak perlu mengambil kira nilai 'Tabayyun' iaitu mencari ketelusan yang menggalakkan individu mencari penjelasan dan kefahaman terhadap sesuatu maklumat, apabila berhadapan maklumat yang boleh mencetuskan ekstremisme.,

Titah baginda, dalam konteks islam, individu dituntut untuk melihat kredibiliti maklumat, bermula daripada kandungan hingga kepada sumber maklumat tersebut. 

Ini kerana dalam kebanyakan kes, radikalisme dalam talian tular melalui video atau sumber pembacaan secara beransur ansur. 

"Para ulama juga memainkan peranan penting dalam usaha mengajar golongan muda berkaitan kemahiran untuk mengemudi maklumat dalam talian dengan bertanggungjawab sekali gus menjadikan generasi akan datang sebagai pengguna internet yang bijak,"titah baginda.

Baginda bertitah demikian ketika sesi Mengadap Enam Majlis Agama Islam wilayah Andaman di Trang, Thailand. 

Berangkat sama Raja Puan Muda Perlis Tuanku Dr Hajah Lailatul Shahreen Akashah Khalil dan anakanda baginda, Sharifah Farah Adriana Jamalullail.

Turut hadir, Mufti Perlis, Profesor Datuk Arif Perkasa Dr Mohd Asri Zainul Abidin dan Konsul Jeneral Malaysia di Songkhla Ahmad Fahmi Ahmad Sarkawi.


Media Baharu