fb fb fb fb fb

Warga asing antara penyumbang kenaikan kes denggi di Melaka

(Rusdi Abd Rahman melepaskan Nyamuk Berwolbachia di kawasan Pangsapuri Taman Tasik Utama
di Ayer Keroh, Melaka)

AYER KEROH, 8 Oktober- Penempatan pekerja warga asing dikenal pasti menjadi antara penyumbang peningkatan kepada kes demam denggi di Melaka.

Sehubungan itu, Jabatan Kesihatan negeri memohon kerjasama semua syarikat yang mengaji warga asing untuk turut terlibat dalam aktiviti membanteras wabak berkenaan.

Pengarahnya, Datuk Dr Rusdi Abd Rahman berkata, kerjasama dalam menjalankan aktiviti seperti gotong-royong dan semburan bagi mengurangkan kes denggi dilihat mampu mengwujudkan kesedaran dalam diri mereka untuk menjaga kebersihan.

Setakat ini, pembabitan mereka untuk bersama-sama membanteras wabak berkenaan masih kurang.

"Mereka agak sukar, pertama masalah komunikasi, kedua daripada segi kekangan kesibukan bekerja overtime dan sebagainya menyebabkan mereka tidak begitu pentingkan kebersihan.

"Kita masih mengharapkan, sudah tentu ada ruang masa, misalnya hujung minggu yang mana mereka boleh digalakkan bergotong-royong di tempat penginapan masing-masing," katanya kepada media selepas program melepaskan Nyamuk Aedes Berwolbachia di Pangsapuri Taman Tasik Utama, di sini.

Sehingga Minggu Epid ke-39 yang berakhir 30 September lalu, 869 kes demam denggi dilaporkan di negeri berkenaan iaitu peningkatan sehingga 427 kes dengan 96.61 peratus, berbanding tempoh yang sama tahun lalu.

Bagaimanapun, tiada kematian dilaporkan setakat ini.

Sementara itu, dalam tempoh sama pihaknya telah mengeluarkan 549 kompaun dengan jumlah kompaun sebanyak RM274,500.

(Nyamuk Aedes Berwolbachia)

Media Baharu