
KUALA LUMPUR, 16 Ogos – Ribut petir, hujan lebat dan angin kencang dijangka berlaku di beberapa negeri sehingga pukul 4 petang hari ini.
- Negeri terlibat: Perlis, Kedah, Pulau Pinang, Kelantan, Terengganu, Pahang, Negeri Sembilan, Johor dan Sarawak.
- MetMalaysia mengeluarkan kenyataan amaran; Kedah terjejas termasuk Langkawi, Kubang Pasu, Kota Setar, Sik, Padang Terap, Pokok Sena, Pendang, Yan, Kuala Muda.
- Amaran turut meliputi kawasan di Kelantan (Gua Musang), Terengganu (Kemaman, Dungun, Hulu Terengganu), Pahang, Negeri Sembilan dan Sarawak.
Antara negeri yang terlibat termasuk Perlis, Kedah, Pulau Pinang, Kelantan, Terengganu, Pahang, Negeri Sembilan, Johor dan Sarawak
Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) dalam kenyataan memaklumkan, di Kedah, kawasan terlibat ialah Langkawi, Kubang Pasu, Kota Setar, Sik, Padang Terap, Pokok Sena, Pendang, Yan dan Kuala Muda.
Di Kelantan, amaran membabitkan Gua Musang, manakala Kemaman, Dungun dan Hulu Terengganu di Terengganu.
Bagi Pahang, kawasan terlibat ialah Lipis, Jerantut dan Kuantan, manakala Port Dickson di Negeri Sembilan serta Tangkak, Muar dan Batu Pahat di Johor.
Di Sarawak, amaran membabitkan Miri, Subis, Beluru, Marudi dan Limbang.