
KANGAR, 16 Ogos – Anugerah Labaytum yang diterima oleh Lembaga Tabung Haji (TH) daripada Kementerian Haji dan Umrah Arab Saudi membuktikan pengurusan haji Malaysia terbaik di dunia.
- Pendeposit terus meletakkan keyakinan tinggi terhadap pengurusan haji TH tetapi mahu penambahbaikan integriti dan tadbir urus.
- Kontraktor menggesa TH memperkukuh tadbir urus bagi mengekalkan kepercayaan dan amanah pendeposit.
- Jurutera dan pendeposit mahu TH menangani isu operasi segera serta mengurus simpanan secara profesional.
Bagi pendeposit TH, keyakinan tinggi terus diletakkan kepada agensi itu dalam aspek pengurusan haji selaras pengiktirafan tinggi berkenaan yang dikaitkan dengan kecemerlangan pengurusan, operasi dan kebajikan jemaah haji.
Bagaimanapun, pendeposit menaruh harapan agar aspek integriti dan tadbir urus terus diperbaiki dalam menjaga amanah dan tanggungjawab.
Bagi kontraktor, Norhayati Hashim, peranan TH selaku entiti yang menguruskan tadbir urus serta perjalanan semua jemaah haji Malaysia untuk ke Tanah Suci, perlu melakukan penambahbaikan tadbir urus bagi mengekalkan kepercayaan dan amanah pihak pendeposit,” katanya ketika ditemui RTM.
Sementara itu, jurutera hospital, Mohd Jeffry Hassan berharap para pendeposit perlu terus memberikan kepercayaan kepada TH untuk menguruskan simpanan mereka secara profesional.
“Saya yakin dan percaya segala isu yang berlaku di TH mampu ditangani dengan bijak,” tambah beliau.
Seorang lagi pendeposit, Hasren Hashim yang merupakan peniaga berharap pihak pengurusan TH segera memperbaiki keadaan agar pendeposit tidak risau dengan isu yang berlaku.
Manakala jurutera, Abdullah Asyraf Rizal berharap TH dapat memperbetulkan apa jua urusan dan isu berkaitan pengurusan.
“Aspek integriti dan urus tadbir perlu diberi perhatian,” tegasnya.