fb fb fb fb fb

Amaran ribut petir, hujan lebat, angin kencang di empat negeri dan Labuan

Foto Hiasan

KUALA LUMPUR, 27 Januari - Amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang diramal berlaku di beberapa kawasan di empat negeri dan Labuan hingga 1.00 tengah hari ini.

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) dalam kenyataan berkata, kawasan terlibat ialah Kelantan (Kuala Krai dan Gua Musang) dan di Pahang (Tanah Tinggi Cameron, Lipis, Jerantut, Kuantan, Pekan dan Rompin) serta Johor (Segamat dan Mersing).

"Amaran sama turut melibatkan Sabah iaitu Pedalaman (Kuala Penyu dan Beaufort) dan Pantai Barat (Papar)," menurut MetMalaysia.

MetMalaysia mengeluarkan amaran itu berdasarkan tanda-tanda ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 milimeter (mm) sejam yang dijangka berlangsung lebih sejam.

TETITIA YUSOFF