PETALING JAYA, 24 Januari - Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir yang dijangka berlaku di beberapa kawasan di Sarawak.
Menurut MetMalaysia, ribut petir, hujan lebat dan angin kencang itu dijangka berlaku sehingga pukul 3 petang ini.
"Ribut petir, hujan lebat dan angin kencang dijangka berlaku di Sri Aman, Betong (Pusa dan Betong), Sarikei (Pakan dan Julau), Sibu, Mukah (Matu, Dalat dan Mukah), Kapit (Song, Kapit dan Mabong) dan Bintulu (Tatau) di Sarawak," jelasnya.