fb fb fb fb fb

Amaran ribut petir di Sarawak dan Sabah hingga 11 pagi

Amaran Ribut Petir libat beberapa kawasan di Sarawak dan Sabah sehingga pukul 11.00 pagi ini

KUALA LUMPUR, 22 Disember - Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan Amaran Ribut Petir melibatkan beberapa kawasan di Sarawak dan Sabah sehingga pukul 11.00 pagi ini.

Menurut MetMalaysia, ribut petir yang disertai hujan lebat dan angin kencang dijangka berlaku di Sarawak, melibatkan kawasan Kuching serta Mukah, termasuk Tanjung Manis dan Daro.

Di Sabah, amaran turut dikeluarkan bagi kawasan Tawau dalam tempoh sama.

Amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 milimeter sejam yang hampir atau dijangka berlaku melebihi satu jam.

Ia merupakan amaran jangka pendek dan sah untuk tempoh tidak melebihi enam jam bagi setiap keluaran.

Orang ramai dinasihatkan agar berwaspada, mengelakkan aktiviti luar dan sentiasa mengikuti perkembangan cuaca terkini yang dikeluarkan oleh MetMalaysia.

MARDHIYAH MOHAMMED ZIN