Amaran ribut petir di Sabah, Sarawak hingga 6 petang

FOTO BERNAMA

KUALA LUMPUR, 27 Februari – Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) hari ini mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang di Sabah dan Sarawak hingga 6 petang ini.

RINGKASAN BERITA AI
  • Amaran melibatkan kawasan pedalaman dan pesisir Sabah termasuk Tambunan, Ranau, Tawau, Kunak, Semporna dan Telupid.
  • Sarawak terjejas di beberapa daerah termasuk Kuching, Serian, Samarahan, Sri Aman, Sarikei, Sibu, Mukah, Kapit dan Bintulu.
  • MetMalaysia ramal hujan lebat, angin kencang dan ribut petir hingga 6 petang pada hari yang sama.

Menerusi amaran yang dikeluarkan pada 2.45 petang, kawasan yang terlibat di Sabah ialah Pedalaman (Tambunan), Pantai Barat (Ranau), Tawau (Tawau, Kunak dan Semporna) serta Sandakan (Telupid).

Keadaan sama diramalkan berlaku di Sarawak, iaitu di Kuching, Serian, Samarahan, Sri Aman, Sarikei (Pakan dan Julau), Sibu, Mukah (Dalat dan Mukah), Kapit (Song, Kapit dan Bukit Mabong) serta Bintulu.-BERNAMA