fb fb fb fb fb

Amaran hujan lebat tahap bahaya di Kelantan dan Terengganu hingga esok

(Seorang wanita meredah air yang melimpahi jalan ekoran hujan lebat
berterusan sejak malam tadi semasa tinjauan di Kampung Gong Tok Nasek hari ini/FOTO BERNAMA)

KUALA LUMPUR, 9 Disember - Beberapa daerah di Kelantan dan Terengganu dijangka berlaku hujan sangat lebat berterusan tahap bahaya hingga esok (Sabtu).

Amaran itu dikeluarkan Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) hari ini apabila terdapat tanda-tanda yang menunjukkan hujan lebat berterusan dijangka berlaku dengan jumlah hujan melebihi 150 mm dalam tempoh 24 jam.

Sembilan daerah yang terlibat di Kelantan ialah Tumpat, Pasir Mas, Kota Bharu, Jeli, Tanah Merah, Bachok, Machang, Pasir Puteh dan Kuala Krai.

Manakala di Terengganu melibatkan enam daerah iaitu Besut, Setiu, Kuala Nerus, Hulu Terengganu, Kuala Terengganu dan Marang.

(Situasi banjir kilat di sekitar Kampung Gong Pak Maseh ekoran hujan lebat
berterusan sejak malam tadi semasa tinjauan di sini hari ini/FOTO BERNAMA)

MetMalaysia turut menjangkakan hujan lebat berterusan berlaku di negeri Perak (Hulu Perak), Kelantan (Gua Musang),Terengganu (Dungun dan Kemaman) dan Pahang (Jerantut dan Kuantan).

Manakala, hujan berterusan dijangka berlaku di negeri Perlis, Kedah, Pulau Pinang, Perak (Kerian, Larut, Matang dan Selama, Kuala Kangsar, Manjung, Kinta, Perak Tengah dan Kampar).

Sementara itu hujan berterusan di Pahang pula melibatkan Tanah Tinggi Cameron, Lipis, Maran, Pekan dan Rompin.

Media Baharu