fb fb fb fb fb

Amaran hujan lebat, ribut petir di beberapa negeri

KUALA LUMPUR, 10 Oktober- Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir dan hujan lebat di beberapa negeri sehingga 1.00 tengah hari ini.

MetMalaysia dalam kenyataan memaklumkan, antara negeri terlibat adalah Selangor yang merangkumi kawasan Klang, Petaling, Kuala Langat dan Sepang serta Putrajaya dan Melaka.

(Amaran hujan lebat dan ribut petir yang dikeluarkan MetMalaysia pada pukul 8.40 pagi)

Amaran turut meliputi Negeri Sembilan iaitu di Seremban, Port Dickson, Kuala Pilah, Rembau dan Tampin.

Manakala di Johor pula, melibatkan kawasan Tangkak, Muar, Batu Pahat, Kluang, Mersing, Pontian, Kulai, Kota Tinggi dan Johor Bahru.

Media Baharu