Amaran hujan lebat di tujuh negeri, KL, Putrajaya dan Labuan sehingga 7 malam

Gambar hiasan

KUALA LUMPUR, 16 Julai- Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang melibatkan beberapa kawasan di tujuh negeri serta tiga Wilayah Persekutuan sehingga pukul 7.00 malam ini.

RINGKASAN BERITA AI
  • Kawasan terjejas termasuk Terengganu, Pahang, Selangor, Negeri Sembilan, Johor, Sarawak, Sabah, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan.
  • Beberapa daerah terlibat seperti Besut, Setiu, Hulu Terengganu, Klang, Gombak, Seremban, Batu Pahat dan Miri.
  • Orang ramai di kawasan berisiko dinasihatkan berwaspada dan sentiasa dapatkan maklumat cuaca terkini daripada MetMalaysia.

MetMalaysia memaklumkan kawasan terlibat ialah Terengganu meliputi Besut, Setiu, Hulu Terengganu dan Dungun; Pahang (Tanah Tinggi Cameron dan Rompin); Selangor (Kuala Selangor, Hulu Selangor, Klang, Gombak, Petaling, Kuala Langat, Hulu Langat dan Sepang); Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur; Wilayah Persekutuan Putrajaya; Negeri Sembilan (Seremban dan Port Dickson); serta Johor (Segamat, Batu Pahat, Kluang, Mersing, Pontian, Kulai, Kota Tinggi dan Johor Bahru).

Amaran sama turut melibatkan Sarawak meliputi Lundu dan Kuching di Bahagian Kuching, Samarahan, Kapit, Bintulu, Miri dan Limbang.

Di Sabah, kawasan terjejas ialah Sipitang, Tenom, Kuala Penyu, Beaufort, Keningau dan Tambunan di Pedalaman, selain Pantai Barat, Sandakan serta Kudat. Wilayah Persekutuan Labuan turut berada dalam kawasan amaran.

Orang ramai di kawasan terlibat dinasihatkan supaya sentiasa berwaspada dan mendapatkan maklumat cuaca terkini daripada MetMalaysia.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.