fb fb fb fb fb

Aliran trafik ke Lembah Klang sesak di semua lebuh raya utama

Aliran trafik di lebuh raya utama menuju ke Lembah Klang sesak malam ini susulan warga kota pulang dari kampung halaman selepas cuti Hari Raya Aidilfitri / Foto Bernama

KUALA LUMPUR, 13 April - Aliran trafik di lebuh raya utama menuju ke Lembah Klang sesak malam ini susulan warga kota pulang dari kampung halaman selepas cuti Hari Raya Aidilfitri.

Jurucakap Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) berkata setakat 10 malam, aliran trafik dari utara menuju ke Lembah Klang padat antaranya di Alor Setar Selatan ke Gurun, Sungai Petani Selatan ke Bertam, Seberang Jaya ke Perai, Juru ke Taiping, Simpang Pulai ke Tapah, Bidor ke Sungkai dan Bukit Beruntung ke Sungai Buaya.

Beliau berkata bagi laluan dari arah selatan ke Lembah Klang, aliran trafik perlahan di Yong Peng ke Pagoh, Jasin ke Bemban, Ayer Keroh ke Simpang Ampat dan Pedas Linggi ke Port Dickson.

“Dari arah pantai timur di Lebuhraya Pantai Timur 2 trafik sesak di Kuala Dungun ke Kerteh dan Kawasan Rehat dan Rawat Paka ke Kuantan,” katanya ketika dihubungi.

Aliran trafik turut dilaporkan sesak di Lebuhraya Pantai Timur 1 menuju ke Lembah Klang akibat pertambahan kenderaan di Lancang menuju ke Karak, Karak menuju ke Lentang dan Genting Sempah ke Plaza Tol Gombak.-BERNAMA

MOHD KHUDZAIRI ZAINUDDIN