fb fb fb fb fb

SOP baharu aktiviti masjid di Perlis berkuat kuasa esok

ARAU, 30 April - Pelaksanaan Prosedur Operasi Standard (SOP) terbaharu bagi pengimarahan masjid dan surau seluruh negeri Perlis berkuatkuasa mulai subuh pagi esok sehingga kesatu tarikh yang akan dimaklumkan.

Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail bertitah semua jemaah termasuk kanak-kanak dibenarkan hadir bagi menunaikan solat dan menyertai aktiviti pengimarahan.

Ketika menunaikan solat berjemaah ianya dilaksanakan tanpa penjarakan fizikal dengan merapatkan saf.

Jemaah juga dinasihatkan supaya mematuhi SOP iaitu memakai pelitup muka ketika berada di masjid dan dibenarkan bersalaman namun tidak menyentuh muka selepas bersalaman serta sentiasa mencuci atau membersihkan tangan.

(FOTO FAIL)

Manakala bagi aktiviti pengimarahan seperti kuliah, ceramah termasuk jamuan dibenarkan dengan pematuhan SOP Kesihatan dan Keselamatan yang dikuatkuasa.

Sementara itu, solat sunat Aidilfitri seluruh Perlis digalakkan untuk dilaksanakan di tanah lapang yang dicadangkan pada pukul 8 pagi seperti pelaksanaan pada tahun sebelum ini.

Walaubagaimanapun, jawatankuasa masjid boleh mempertimbangkan penggunaan ruang dalam masjid sekiranya terdapat keperluan bergantung kepada ruang dan bilangan jemaah yang hadir.

Pelaksanaan solat sunat Aidilfitri di mana-mana surau atau dewan orang ramai tanpa kelulusan pihak berkuasa agama adalah kekal tidak dilaksanakan bagi mengurangkan risiko serta demi penyelarasan oleh pihak berkaitan.

Media Baharu