fb fb fb fb fb

Aktiviti agama berunsur sesat, boleh jejaskan kepercayaan masyarakat - Idris Ahmad

KUALA TERENGGANU, 6 Januari - Orang ramai digalakkan membuat laporan kepada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) sekiranya terdapat aktiviti khurafat dan berunsur sesat yang boleh menjejaskan kepercayaan masyarakat.

Ia susulan kemunculan individu dikenali sebagai raja bomoh dan Puteri Zaleha yang mengadakan ritual menolak banjir di Dataran JPS di Teluk Intan, Perak yang tular di laman sosial.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Idris Ahmad memuji tindakan pantas masyarakat yang melaporkan kejadian berkenaan yang jelas merosakkan akidah umat Islam.

"Saya akan berhubung dengan pihak majlis agama atau pihak berkuasa agama negeri untuk tindakan lanjut. Untuk siasatan ia terletak di bawah bidang kuasa negeri, bukan bidang kuasa JAKIM," katanya ketika ditemui pemberita di sini.

Idris ditemui selepas menghadiri Majlis Konvensyen Pendidikan Islam Terengganu 2021 di Taman Tamadun Islam Kuala Terengganu hari ini.

 

Media Baharu