fb fb fb fb fb

Akta Kerja 1955 dikaji semula - KSM

PUTRAJAYA, 12 Julai- Kementerian Sumber Manusia (KSM) telah mengarahkan Talent Corporation Malaysia Bhd (TalentCorp) untuk membuat kajian berkenaan Akta Kerja 1955.

Menurut Timbalan Menterinya, Mustapha Sakmud, kajian tersebut telah berjalan dan bakal dibentangkan dalam masa terdekat.

"Setakat ini pihak kementerian kita sedang amanahkan kepada TalentCorp untuk membuat kajian bagi pihak pengurusan kementerian meneliti sebelum membentangnya di peringkat kabinet," katanya pada sidang media majlis Pelancaran Program DOSH 1648K Virtual Steps Challenge Bersama Industri sempena Minggu Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (OSHWEEK) 2023 di sini.

Sebelum ini, media melaporkan banyak syarikat ternama membuat kerahan kerja pekerja terhadap pelajar praktikal tanpa dibayar elaun.

Susulan itu, KSM diminta menyiapkan laporan penuh mengenai dakwaan berkenaan.


(Sebelum ini, media melaporkan banyak syarikat ternama membuat kerahan
kerja pekerja terhadap pelajar praktikal tanpa dibayar elaun)

Media Baharu