
CYBERJAYA , 10 September – Budaya debat dalam kalangan pelajar Sekolah Berasrama Penuh (SBP) akan terus diperkukuh menerusi penubuhan Akademi Bahas Madani.
- Akademi melibatkan lima sekolah penggerak mengikut zon, menawarkan bimbingan dan pemantauan untuk mencungkil dan melatih bakat bahas.
- Akademi Bahas MADANI sebahagian daripada inisiatif memperkukuh budaya debat dalam kalangan pelajar SBP.
- Lima sekolah penggerak zon masing-masing menerima peruntukan RM5,000 untuk pembangunan bakat bahas.
- Sekolah terlibat: Sekolah Sultan Alam Shah; Sekolah Menengah Agama Persekutuan Kajang; Sekolah Menengah Sains Muar; SBP Integrasi Sabak Bernam; Sekolah Menengah Sains Sabah.
Menteri Pendidikan, Datuk Seri Fadhlina Sidek berkata, akademi berkenaan akan melibatkan lima sekolah mengikut zon, selain menyediakan bimbingan dan pemantauan bagi mencungkil serta melatih bakat baharu dalam bidang perbahasan.
“Akademi Bahas Madani ini akan menjadi sebahagian besar daripada inisiatif kita untuk terus memperkukuh budaya debat di kalangan anak-anak kita khususnya di Sekolah Berasrama Penuh. Pemantauan dilakukan oleh SBP di samping melatih bakat baharu,” katanya selepas menyempurnakan Pertandingan Akhir Bahas Piala Perdana Menteri Ke-51 Tahun 2026 di sini.
Datuk Seri Fadhlina berkata, menerusi Akademi Bahas MADANI, lima buah sekolah penggerak zon masing-masing akan menerima peruntukan sebanyak RM5,000 bagi memperkukuh pembangunan bakat bahas.
Lima sekolah yang terlibat adalah Sekolah Sultan Alam Shah, Sekolah Menengah Agama Persekutuan Kajang, Sekolah Menengah Sains Muar, Sekolah Berasrama Penuh Integrasi Sabak Bernam dan Sekolah Menengah Sains Sabah.