Aidilfitri: Sultan Kedah berangkat ke Majlis Ramah Mesra bersama Kerabat Diraja Kedah

Foto FB Kedah Royal Family

ALOR SETAR, 23 Mac – Sultan Kedah Al Aminul Karim Sultan Sallehuddin Ibni Almarhum Sultan Badlishah, Sultanah Kedah Sultanah Maliha Almarhum Tengku Ariff, berkenan berangkat ke Majlis Ramah Mesra Bersama Kerabat Diraja Negeri Kedah Sempena Sambutan Hari Raya Aidilfitri Tahun 2026 yang diadakan di Istana Anak Bukit.

RINGKASAN BERITA AI
  • Kehadiran ahli Kerabat Diraja termasuk Tengku Sarafudin Badlishah, Tuanku Raja Muda, Tunku Shazuddin Ariff dan isteri-isteri diraja.
  • Turut hadir Che Puan Besar, Tunku Bendahara, Toh Puan Bendahara, Tunku Temenggong serta ahli keluarga Kerabat yang lain.
  • Baginda dan keluarga merakam potret kenangan bersama kerabat sebelum bergerak ke Balai Santapan Besar untuk santapan utama.
  • Sultan dan keluarga berkenan mengurniakan duit raya kepada seluruh ahli keluarga kerabat sebelum berangkat pulang.

Turut berangkat, Tengku Sarafudin Badlishah Ibni Al Aminul Karim Sultan Sallehuddin, Tuanku Raja Muda Kedah, Che Puan Muda Zaheeda Mohamad Ariff, Raja Puan Muda Kedah, Tunku Shazuddin Ariff Ibni Al Aminul Karim Sultan Sallehuddin, Tunku Mahkota Kedah, Che Puan Nur Julie Ariff, Tunku Puan Mahkota Kedah serta Paduka Cucunda Tunku Sulaiman Badlishah Tengku Sarafudin Badlishah.

Turut berangkat, Che Puan Besar Negeri Kedah, Tunku Bendahara Kedah, Toh Puan Bendahara Kedah, Tunku Temenggong Kedah serta ahli-ahli keluarga Kerabat Diraja yang lain.

Sultan Kedah serta keluarga Diraja Baginda berkenan merakamkan potret kenangan bersama seluruh kerabat yang hadir sebelum berangkat ke Balai Santapan Besar bagi santapan utama dan beramah mesra dengan para hadirin.

Sultan Kedah serta keluarga Diraja Baginda turut berkenan mengurniakan ampun kurnia duit raya kepada seluruh ahli keluarga kerabat yang hadir sebelum berangkat pulang.