fb fb fb fb fb

Aidilfitri: Tindakan tegas akan diambil terhadap individu langgar peraturan dan undang-undang jalan raya

JOHOR BAHRU, 1 Mei - Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) akan mengambil tindakan tegas terhadap mana-mana individu yang melanggar peraturan dan undang-undang jalan raya sepanjang musim perayaan Aidilfitri.

Semua pengguna jalan raya diingatkan supaya memandu secara berhemah dan tidak mementingkan diri sehingga membahayakan diri sendiri dan orang lain.


(FOTO JSPT)

Pengarah JSPT, Datuk Mat Kasim Karim menegaskan, pengguna jalan raya perlu sentiasa bersabar dan mengawal emosi, serta tidak melakukan provokasi yang boleh merugikan diri sendiri.

"67 pegawai dan 365 anggota JSPT Johor akan bertugas sepanjang Aidilfitri.

"Lokasi-lokasi panas yang telah dikenalpasti akan diberi tumpuan bagi penguatkuasaan dan pemantauan," katanya semasa melakukan lawatan menyantuni anggota JSPT bertugas di Simpang Bangunan Sultan Iskandar (BSI) - Jalan Lingkaran Dalam di sini.

Terdahulu, beliau meninjau Op Selamat 18 Hari Raya Aidilfitri 2022 melalui udara dan darat untuk melihat sendiri pergerakan kenderaan di laluan-laluan utama bagi memastikan kelancaran aliran trafik dalam penugasan Op Lancar.

Media Baharu