KUALA LUMPUR, 15 Mei- Teknologi kecerdasan Buatan (AI) boleh diguna pakai bagi pembangunan pembinaan jalan raya, bangunan serta pembaikan cerun.
Menurut Timbalan Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Ahmad Maslan, kaedah itu dapat menyelesaikan pelbagai masalah melalui sistem pemantuan tapak.
"Kita dah adapun peringkat awal 'site monitoring' sistem menggunakan AI versi terbaharu tetapi 'monitring' tu satu hal dari segi pembinaan AI ini dipanggil sebagai 'metaverse'.
"Kita berharap agar konsep pembinaan boleh menggunakan aplikasi 'metaverse' teknologi AI bagi menyelesaikan masalah sebagai contoh 'monitoring site', lagi satu perubahan cuaca.
"Konsep aplikasi 3D melihat bangunan dibuat secara maya walaupun bangunan tersebut masih dalam proses perancangan, ini 'Building Information Modelling' (BIM) konsep 'latest'," katanya kepada pemberita selepas Majlis Penyerahan 12 Projek Siap JKR Wilayah Persekutuan di sini.
Tambahnya, ia merupakan salah satu pembaharuan yang akan diperbanyakkan lagi bagi menjaga kualiti.
Dalam pada itu, Ahmad berkata kos, kepantasan dan kualiti perlu diambil berat dalam pembinaan.
Jelasnya, penanda aras antarabangsa perlu diguna pakai pihak JKR sendiri.
"Dari semasa ke semasa daripada segi kualiti, kos dan kepantasan.
"Jangan pantas, kos tinggi.. tidak mahu, kos masih munasabah kepantasan yang boleh dipercepat dan kualiti yang tidak turun, tiga perkara itu.
"Kos, kualiti dan kepantasan masih terjamin, walaupun kita berinovasi," kata Ahmad.