fb fb fb fb fb

Ahmad Zahid yakin Amizar bertanding bagi DUN Pelangai

BENTONG, 23 September- Presiden UMNO Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi yakin calon BN bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Negeri (DUN) Pelangai Datuk Amizar Abu Adam dapat meneruskan kesinambungan perkhidmatan yang dilakukan oleh Allahyarham Datuk Seri Johari Harun.

Kelebihan Amizar, 50, dilihat lebih dekat dengan pengundi kerana beliau merupakan anak jati Felda Chemomoi.

Sehubungan itu, Ahmad Zahid mahu semua jentera tidak mengambil mudah atau terlalu yakin untuk memastikan kemenangan selain mahu semua jentera untuk terus membantu calon mendekati golongan pengundi di semua peringkat.

"Jangan ambil mudah kemenangan Datuk Seri Johari dengan majoriti 4,000 lebih dengan calon PH ketika itu mendapat 2,000 lebih. Memang jumlah kedua-duanya melebihi 6,000 undi tapi tangan pernah terlalu yakin.

"Walaupun pihak lawan telah bermukim di sini dengan menggunakan pendekatan tidak melakukan ceramah besar-besaran, namun kita perlu mendekati dan merapati pengundi-pengundi di Pelangai ini," katanya kepada pemberita pada Penamaan Calon DUN Pelangai di Dewan Orang Ramai Felda Kemasul di sini.

Sementara itu, Ahmad Zahid turut mengulas mengenai calon Bebas Haslihelmy DM Zulhasli yang merupakan ahli UMNO bertanding bagi PRK DUN Pelangai.

"Walaupun beliau menjadi calon Bebas, secara automatik mulai hari ini kealhlian beliau gugur sebagai ahli UMNO," katanya.

Turut hadir pada proses penamaan calon itu, Presiden Amanah Mohamad Sabu; Presiden MCA Wee Kang Siong dan Naib Presiden PKR Datuk Seri Amirudin Shari.

PRK DUN Pelangai menyaksikan pertembungan tiga penjuru antara calon BN Datuk Amizar Abu Adam, Kasim Samat (PN) dan Haslihelmy DM Zulhasli (Bebas).

(Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi)

Media Baharu