fb fb fb fb fb

Ahmad Zahid serah kepada SPR tentukan tarikh PRK Ayer Kuning

Foto hiasan

TAWAU, 23 Februari- Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menyerahkan kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) untuk menetapkan tarikh sesuai bagi penamaan calon dan hari pengundian Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Ayer Kuning.

Beliau yang juga Pengerusi BN dan Presiden UMNO telah berbincang dengan Menteri Besar Perak yang juga Pengerusi BN Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad berhubung perkara itu.

"Sekarang ini kita menghampiri bulan Ramadan tentunya kita mengharapkan tarikh yang akan dipilih SPR dapat disesuaikan dengan keadaan semasa.

"Kita serahkan kepada Pengerusi SPR secara keseluruhannya untuk menentukan tarikh-tarikh yang saya telah sebutkan tadi," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas Merasmikan Ulang Tahun ke-34 UMNO Sabah di Tawau.

Perkara itu susulan kematian penyandangnya Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ayer Kuning, Ishsam Shahruddin selepas menyertai Kejohanan Bola Sepak 4 Penjuru di Stadium Bandaraya, Georgetown pada Sabtu.

Beliau bersama Majlis Tertinggi UMNO, rakan Barisan Nasional (BN) serta rakan kepimpinan turut mengucapkan takziah kepada keluarga allahyarham.

MOHD FIRDAUS BIN RUSLI