fb fb fb fb fb

Ahmad Zahid minta APM tubuh satu rejimen di setiap parlimen

BATU PAHAT, 31 Januari- Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi meminta Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) menubuhkan satu rejimen di setiap 222 parlimen seluruh negara.

Ia dijangka bermula tahun ini, sebagai kekuatan pasukan APM menghadapi bencana alam.

Ketika ini, Johor memiliki lebih seribu pegawai dan anggota APM.

"Saya minta Pengarah APM untuk masukkan anggotanya dengan jumlah satu rejimen di setiap prlimen dengan mengadakan latihan dan berikan pakaian beragam sekiranya berlaku kebakaran dan bencana lain," katanya di sini.

(Ahmad Zahid Hamidi)

Media Baharu