fb fb fb fb fb

RM7 juta usaha 'quick win' atasi banjir

BATU PAHAT, 31 Januari- Kerajaan memperuntukkan RM7 juta sebagai usaha 'quick win' menangani banjir di daerah ini.

Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, RM5 juta bagi kegunaan pam-pam air manakala RM2 juta bagi kerja-kerja mengorek sampah dan lumpur parit tersumbat.

Kedua-dua usaha itu akan dikendali Jabatan Pengairan dan Saliran serta Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA).

"Langkah ini akan dilakukan dalam tempoh seminggu untuk melihat keberhasilannya dalam menyelesaikan masalah parit tersumbat akibat sampah dan lumpur," katanya selepas melawat pusat pemindahan sementara di Dewan Orang Ramai Sri Medan.

Selain itu pengurusan banjir di Johor antara yang terbaik di Malaysia kerana berjaya memobilisasikan pasukan sukarelawan di kawasan terjejas banjir secara sistematik termasuk kerja-kerja pengurusan pasca banjir.

Beliau turut menambah, Batu Pahat memerlukan peruntukan sama seperti di Mersing bagi mengatasi banjir untuk jangka masa panjang.

Kerajaan juga akan membina dewan baharu di sekolah untuk dijadikan pusat pemindahan pementara (PPS) berstatus kekal di kawasan yang sering terjejas banjir.

Ia akan dimulakan di lapan buah sekolah di Batu Pahat dan Mersing sebelum diperluaskan ke seluruh negara.

Bagaimanapun, dewan itu juga boleh digunakan pihak sekolah untuk kegunaan aktiviti harian.

(Ahmad Zahid Hamidi)

Media Baharu