Agrofest Melaka 2026 sasar RM1.6 juta, 50,000 pengunjung

Foto RTM

AYER KEROH, 25 Julai – Lebih 50,000 pengunjung dijangka memeriahkan Melaka Agrofest 2026 yang menyasarkan nilai jualan RM1.6 juta sepanjang tiga hari penganjurannya di Dataran Sejarah Ayer Keroh.

RINGKASAN BERITA AI
  • Platform kerajaan negeri menghimpunkan peladang, penternak, nelayan dan usahawan tani seluruh Melaka.
  • Mempromosikan aktiviti ekonomi sektor agromakanan serta hasil pertanian tempatan kepada rakyat dan pelancong.
  • Memberi peluang pengunjung merasai pengalaman luar bandar sukar diperoleh di bandar, termasuk ternakan lembu sado dan hasil perikanan.
  • Membawa industri tani lebih dekat kepada rakyat untuk memperkenalkan kekayaan dan kepelbagaian hasil tani Melaka walaupun negeri kecil.

Exco Kemajuan Desa, Pertanian dan Keterjaminan Makanan negeri, Datuk Dr. Muhamad Akmal Saleh berkata, program berlangsung 24 Julai hingga 26 Julai itu merupakan platform kerajaan negeri menghimpunkan peladang, penternak, nelayan dan usahawan tani seluruh Melaka.

Menurut beliau, penganjuran festival itu bukan sahaja menggalakkan aktiviti ekonomi sektor agromakanan, malah berperanan mempromosikan hasil pertanian tempatan kepada rakyat dan pelancong.

“Orang ramai khususnya warga Melaka dan pelancong yang berkunjung ke negeri ini dijemput hadir ke Melaka Agrofest bagi melihat sendiri pelbagai hasil pertanian tempatan seperti ternakan lembu sado, hasil perikanan serta produk agromakanan lain.

“Program ini memberi peluang kepada pengunjung merasai pengalaman yang sukar diperoleh di kawasan bandar.

“Hari ini kita bawa industri-industri ini lebih dekat kepada rakyat untuk memperkenalkan bahawa Melaka, walaupun sebuah negeri kecil, sebenarnya kaya dengan pelbagai hasil tani dan pertanian,” katanya ketika ditemui pemberita selepas merasmikan Melaka Agrofest 2026 di Dataran Sejarah Ayer Keroh.

Tambahnya, festival tersebut turut membuka ruang kepada orang ramai, khususnya warga bandar, untuk mengenali dengan lebih dekat keunikan dan kepelbagaian hasil tani negeri Melaka yang kaya dengan sumber agromakanan meskipun bersaiz kecil.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.