Agong terima menghadap PM, dipersembah taklimat isu semasa negara

Facebook Sultan Ibrahim Sultan Iskandar

KUALA LUMPUR, 17 Januari – Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim berkenan menerima menghadap Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim di Istana Bukit Tunku, di sini hari ini.

RINGKASAN BERITA AI
  • Perjumpaan antara Yang di-Pertuan Agong dan Perdana Menteri di Istana Bukit Tunku bagi membincangkan perkembangan semasa negara.
  • Agong menerima taklimat rasmi mengenai hal ehwal negara daripada Perdana Menteri.
  • Perbincangan turut menumpukan pentadbiran dan kesejahteraan rakyat seperti yang dilaporkan.

Menerusi hantaran di Facebook Sultan Ibrahim Sultan Iskandar, pada pertemuan itu Seri Paduka Baginda berkenan dipersembahkan taklimat mengenai perkembangan semasa berkaitan hal ehwal negara.

Seri Paduka Baginda turut dipersembahkan perkara-perkara berkaitan pentadbiran dan kesejahteraan rakyat, menurut hantaran itu.- BERNAMA