Agong terima menghadap Asisten Ketua Staf Perkhidmatan Anggota ATM

Foto Facebook Sultan Ibrahim Sultan Iskandar

KUALA LUMPUR, 12 Oktober – Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim berkenan menerima menghadap Asisten Ketua Staf Perkhidmatan Anggota (AKSPA) Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Mejar Jeneral Datuk Indera Zahari Mohd Ariffin, di Istana Negara, hari ini.

RINGKASAN BERITA AI
  • Taklimat mengenai pelaksanaan Majlis Santapan Beradat sempena Hari ATM Ke-93.
  • Majlis Santapan Beradat merupakan acara rejimental tahunan untuk memuliakan Yang di-Pertuan Agong sebagai Pemerintah Tertinggi ATM.
  • Majlis ini antara pengisian sambutan ulang tahun penubuhan ATM yang ke-93 tahun ini.
  • Hari ATM disambut setiap 16 September untuk memperingati penubuhan dan menghargai jasa serta pengorbanan warga ATM.

Pada sesi menghadap itu, Seri Paduka Baginda berkenan menerima taklimat daripada tentang Mejar Jeneral Datuk Indera Zahari tentang pelaksanaan Majlis Santapan Beradat sempena sambutan Hari ATM Ke-93.

“Seri Paduka Baginda berkenan dipersembahkan taklimat mengenai pelaksanaan Majlis Santapan Beradat Sempena Hari ATM Ke-93,” menurut hantaran di Facebook Sultan Ibrahim Sultan Iskandar, hari ini.

Majlis Santapan Beradat Hari ATM merupakan acara rejimental tahunan untuk memuliakan Yang di-Pertuan Agong sebagai Pemerintah Tertinggi ATM.

Majlis itu merupakan antara pengisian sambutan ulang tahun penubuhan ATM yang ke-93 pada tahun ini.

Hari ATM disambut pada 16 September setiap tahun bagi memperingati penubuhan pasukan pertahanan negara itu serta menghargai jasa dan pengorbanan warga ATM dalam mempertahankan kedaulatan dan keselamatan negara.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.