KUALA LUMPUR, 10 Februari - Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim dan Raja Permaisuri Agong, Raja Zarith Sofiah menzahirkan ucapan Selamat Tahun Baharu Cina kepada rakyat Malaysia yang menyambutnya.
Ucapan dizahirkan menerusi laman Instagram "OfficialSultanIbrahim" dan Facebook "Sultan Ibrahim Sultan Iskandar".
Baginda berdua turut menzahirkan harapan agar sambutan kali ini akan terus mengukuhkan lagi perpaduan rakyat berbilang kaum, agama dan budaya.