fb fb fb fb fb

Mercun dan bunga api masih dilarang sempena perayaan

FOTO hiasan / Foto RTM

KUALA LUMPUR, 10 Februari - Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengingatkan orang ramai bahawa memiliki, menjual, membeli dan bermain mercun serta bunga api sempena mana-mana perayaan termasuk perayaan Tahun Baharu Cina tanpa kebenaran adalah satu kesalahan.

Menurut Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Allaudeen Abdul Majid penjualan mercun dan bunga api yang dibenarkan perlu mendapat permit daripada Ibu Pejabat Polis Daerah mengikut spesifikasi yang telah ditetapkan.

Tegasnya, penjualan mercun dan bunga api secara dalam talian juga dilarang .

Mereka yang didapati memiliki, menjual atau bermain mercun atau bunga api selain daripada yang dibenarkan boleh dikenakan tindakan mengikut Seksyen 7 dan Seksyen 8 Akta Bahan Letupan 1957 (Akta 207).

Sabit kesalahan, penjara tujuh tahun atau denda RM 10,000 atau kedua-duanya.

KAMARULZAMAN BIN MUHAMAD