fb fb fb fb fb

Warga Indonesia mengaku salah, beri rasuah

Usman mengaku bersalah di Mahkamah Sesyen Seremban atas tuduhan menawar dan memberikan wang rasuah

SEREMBAN, 9 Februari- Seorang warga Indonesia mengaku bersalah di Mahkamah Sesyen Seremban atas tuduhan menawar dan memberikan wang rasuah berjumlah RM250 kepada anggota polis pada 6 Februari lalu. 

Tertuduh, Usman membuat pengakuan itu selepas faham pertuduhan yang dibacakan di hadapan Hakim, Mohamad Kamil Nizam.

Berdasarkan kertas pertuduhan, warga Indonesia itu, telah secara rasuah memberikan suapan iaitu wang tunai RM250 kepada Lans Koperal, Muhammad Hishammuddin Jalaluddin yang bertugas di Balai Polis Sikamat. 

Ia sebagai dorongan untuk tidak dikenakan tindakan undang-undang di bawah Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana menunggang motosikal tanpa lesen sah. 

Tertuduh didakwa di bawah Seksyen 17 (B) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009 dan Seksyen 24 Akta yang sama. 

Mahkamah menetapkan 14 Februari depan bagi menjatuhkan hukum terhadap tertuduh.

MOHD FIRDAUS BIN RUSLI