KUALA LUMPUR, 22 Mei- Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim dan Raja Permaisuri Agong Raja Zarith Sofiah menzahirkan ucapan Selamat Hari Wesak kepada semua penganut agama Buddha di negara ini.
Ucapan itu dizahirkan menerusi poster yang dimuat naik melalui Facebook rasmi Sultan Ibrahim Sultan Iskandar, hari ini.
Seri Paduka Baginda bertitah, keharmonian antara kaum sentiasa menjadi tunjang perpaduan negara.
“Selamat Hari Wesak diucapkan kepada semua penganut agama Buddha di negara ini,” titah Seri Paduka Baginda.