Agong, Permaisuri zahir ucapan Selamat Hari Wesak

KUALA LUMPUR, 4 Mei- Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menzahirkan ucapan selamat Hari Wesak kepada semua penganut agama Buddha yang menyambut perayaan itu hari ini. 

Turut menzahirkan ucapan itu ialah Raja Permaisuri Agong Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah.

Ucapan berkenaan dizahirkan menerusi poster yang dimuat naik di Facebook Istana Negara.

“Semoga perayaan ini membawa keamanan, kebahagiaan dan kesejahteraan kepada semua penganut agama Buddha,” menurut Istana Negara. 

(Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri
Agong Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah/FB Istana Negara)