fb fb fb fb fb

Agong, Permaisuri berkenan baca berita dalam Buletin Diraja

Foto Facebook Istana Negara

KUALA LUMPUR, 17 Januari 2024- Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah berkenan menerima undangan istimewa daripada Bilik Berita Media Prima untuk menyampaikan berita.

Istana Negara menerusi hantaran facebook memaklumkan Slot khas Buletin Diraja itu disiarkan secara ekslusif di Buletin Utama, malam ini.

"Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah berkenan berangkat mengadakan kunjungan ke Sri Pentas, Bandar Utama, hari ini.

"Baginda berdua disambut Pengerusi Kumpulan Media Prima Datuk Seri Dr Syed Hussian Aljunid, Pengarah Urusan Kumpulan Media Prima Rafiq Razali dan pengurusan kanan Media Prima Berhad', menurut hantaran facebook Istana Negara.

Dalam lawatan berkenaan, Seri Paduka Baginda berdua berkenan menerima sembah taklimat berkaitan operasi Media Prima dan dibawa melawat Konti Radio, Media Prima Audio yang menempatkan rangkaian Hot FM, Kool 101, Molek Fm, Fly Fm dan Eight Fm", menurut catatan facebook Istana Negara.

Seri Paduka Baginda berdua turut berkenan melawat Bilik Berita Media Prima yang menempatkan studio program berita terbitan TV3, TV9 dan 8TV.

ROSLINA BINTI DIN