fb fb fb fb fb

Agong berkenan terima Ijazah Kedoktoran Kehormat daripada Universiti Marmara

(Al-Sultan Abdullah bertitah dalam Istiadat Penganugerahan Ijazah Kedoktoran Kehormat di Istanbul)

ISTANBUL, 20 Ogos- Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan dikurniakan Ijazah Kedoktoran Kehormat dalam bidang Sains Politik dan Hubungan Antarbangsa daripada Universiti Marmara, Istanbul.

Ijazah tersebut disampaikan oleh Rektor Universiti Marmara, Prof Dr Mustafa Kurt berdasarkan sumbangan Tuanku dalam keamanan sejagat dan memperkukuh hubungan Turkiye dan Malaysia.

Baginda dipersembah dengan persalinan jubah kedoktoran baldu merah bersulam emas beserta sijil dan sebuah plak.

Turut mengiringi Baginda menerima pengiktrafan itu, Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah dan Naib Presiden Turkiye Naib President Turkiye, Fuad Oktay.

Al-Sultan Abdullah kemudiannya menzahirkan rasa sukacita dan berterima kasih atas penganugerahan itu.

Baginda bertitah ijazah kedoktoran kehormat itu sebagai pengiktirafan kepada seluruh rakyat Malaysia dan menjadi simbol keakraban antara Malaysia dan Turkiye.

“Beta ingin mengucapkan terima kasih atas anugerah yang telah diberikan oleh universiti ini. Beta amat berbesar hati dikurniakan anugerah ini dan ingin merakamkan ucapan terima kasih kepada Tuan Yang Terutama Presiden Recep Tayyip Erdogan serta kerajaan Turkiye atas pengiktirafan berprestij ini,”titah Al-Sultan Abdullah.

Baginda juga berharap agar Turkiye memberi lebih banyak peluang kepada pelajar Malaysia untuk menyambung pengajian di Turkiye, termasuk bekerjasama dalam melakukan penyelidikan, biasiswa dan petukaran pelajar.

Baginda bertitah dalam Istiadat Penganugerahan Ijazah Kedoktoran Kehormat di Istanbul, Turkiye.

Turut hadir, Menteri Pengiring yang juga Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz dan Ketua Setiausaha Kementerian Luar, Datuk Seri Amran Mohamed Zin.

Universiti Marmara, Istanbul merupakan kampus Presiden Turkiye Recep Tayyip Erdogan menerima Ijazah pada tahun 1981.


(Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah dan
Naib PresidenTurkiye, Fuad Oktay turut mengiringi Al-Sultan Abdullah menerima 
Ijazah Kedoktoran Kehormat dalam bidang Sains Politik dan Hubungan Antarbangsa
yang disampaikan Rektor Universiti Marmara, Prof Dr Mustafa Kurt)

Media Baharu