fb fb fb fb fb

Agong berkenan sempurnakan majlis pemasyhuran SK Sultan Ahmad

PEKAN, 20 Oktober- Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah hari ini berkenan menyempurnakan majlis pemasyhuran Sekolah Kebangsaan (SK) Sultan Ahmad dan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Ahmad di Pekan, Pahang.

Turut mengiringi baginda adalah Pemangku Raja Pahang, Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

Sekolah yang ditubuhkan pada Januari 1926 itu bermula dengan sebuah bangunan kayu yang kecil dengan seramai 35 orang pelajar dikenali sebagai Government English School, Pekan. 

Pada tahun 1938, nama sekolah itu telah ditukar kepada Ahmad School Pekan, mengambil sempena nama Almarhum Sultan Ahmad Al Mu’adzam Shah yang merupakan Sultan Pahang yang pertama.

Dalam titah, baginda turut berkongsikan kisah dan kenangan lama di sekolah berkenaan dimana baginda mendapatkan pendidikan awal di SK Ahmad pada tahun 1966 sehingga 1969.

Dalam majlis itu, baginda turut berkenan melawat bilik darjah selain beramah mesra bersama bekas rakan sekelas baginda ketika itu serta alumni SK Ahmad.

Turut hadir, Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek serta barisan Exco Pahang.

(Dalam majlis itu, baginda turut berkenan melawat bilik darjah selain
beramah mesra bersama bekas rakan sekelas baginda ketika itu
serta alumni SK Ahmad.)

Media Baharu