fb fb fb fb fb

Agong berkenan 'brisk walk' bersama warga Istana Negara

Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim menyertai ‘brisk walk’ bersama warga Istana Negara sebagai usaha menggalakkan gaya hidup sihat/ Foto Facebook Sultan Ibrahim Sultan Iskandar

KUALA LUMPUR, 14 - Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim, hari ini berkenan berangkat menyertai program 'brisk walk' bersama warga Istana Negara sebagai usaha mengalakkan gaya hidup sihat.

Menurut perkongsian di Facebook Sultan Ibrahim Sultan Iskandar, program aktiviti santai itu juga bertujuan mengeratkan hubungan silaturahim antara Seri Paduka Baginda dengan kakitangan Istana Negara.

“Seri Paduka Baginda berkenan berjalan kaki sejauh 2.5 kilometer mengelilingi perimeter dalam kawasan Istana Negara.

“Program anjuran Kelab Kebajikan dan Sukan Istana Negara (KEKSIN) itu disertai kira-kira 200 pegawai dan kakitangan Istana Negara, pasukan keselamatan Istana serta petugas pengurusan fasiliti,” menurut catatan itu.

Antara yang turut serta ialah Datuk Pengelola Bijaya Diraja,Tan Sri Azmi Rohani, Datuk Paduka Maharaja Lela, Datuk Azuan Effendy Zairakithnaini, Pengerusi KEKSIN, Zulkifly Yunus, serta pegawai kanan Istana Negara. -BERNAMA

MOHAMED ZAMZURI MOHAMED ZAWAWI